Thursday, July 15, 2010

Fesyen Tudung Baru,Jom Tengok!!




ni anak buah saya yang ke 2...name die ayie..kan comel 2 pakai tudung..hehehehe




Di sini saya ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya. Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain.

Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh.Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain.Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Awas!!!!Jangan Buka...Untuk Kaum Hawa Je..

Tiga aturan untuk berpakaian bagi wanita:


pertama: Bahan yang indah

7. 26. Hai anak Adam , sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup 'auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.

kedua: tutup dada

24. 31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

ketiga : panjangkan kain

33. 59.Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min: "Hendaklah mereka mengulurkan pakaiannya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Permata Yang Dicari

HaDirnYA tAnPA kUsEdARi
MeNgGaMit KaSiH CinTa Bersemi
hAdiR cInTa InsAn PaDa Ku iNi
AnuGerAh KurniAa ILAHI

LembUt TuTuR bICARanYA
mEnArIk hAtiKu Utk menDekatiNya
KesopanAnnyA MemiKat Di Hati
MendAMaikan JiwaKu yg Resah ini

Ya ALLAH jIKa dia Benar unTukku
DekAtkanLaH HatiNya denGan HatiKu
Jika dia Bukan mIlik ku
DamaikAnlah hAtiku dGN Ketentuanmu

Dialah pErMata Yg dicari
sElaMa ini Baru KuTemUi
tApi Ku tak Pasti Rencana ILAHI
aDAKah dia kAn kU mILIki

Tidak sEkAli di nodai naFsu
AkaN kU bATasi dgn SyariatMU
jIKA dIrinya bUkan UntuKku
Redha haTiku dgn KeteNtuanMU

Ya ALLAH EngkaULah TemPat ku BergAntuNG hARaPan Ku
Ku haRap Diriku SeNtIasa Di bawah RahMatMU


Sembahyang

CARA MENGERJAKAN SEMBAHYANG DI DALAM KAPAL TERBANG

Di dalam penerbangan penumpang tidak dibenarkan mengambil air sembahyang kerana akan menyebabkan air yang banyak tertumpah ke lantai yang akan membahayakan penerbangan. Di masa-masa tertentu, penumpang juga hendaklah mematuhi arahan supaya duduk dan memasang tali pinggang keledar di kerusi masing-masing bagi menjaga keselamatan semasa penerbangan. Berdasarkan sebab-sebab di atas para ulama berpendapat cara-cara sembahyang di dalam kapal terbang bolehlah dibuat seperti berikut :

1. Sembahyang dilakukan bagi menghormati waktu iaitu dengan isyarat sahaja di mana kita seolah-olah berada dalam keadaan tidak dapat bergerak seperti mana orang yang terikat pada pokok. ( Tidak perlu ada air sembahyang, tidak perlu menghadap Kiblat dan tidak perlu mengikut syarat-syarat sah lain yang diperlukan ).

2. Apabila turun di Lapangan Terbang dan waktu masih ada, wajiblah sembahyang berkenaan diulang semula dan jika sudah habis waktu, wajiblah sembahyang berkenaan diqadatkan.




Oleh:Yussamir Yusof Aljohori
20 Syawal 1428H
Cyberjaya
http://www.yussamir.com



“Macam mana nak solat kalau kita berada dalam kapal terbang nanti ek?”
“Ala..buat jamak dan qasar je la”Jawab.
“Waktu lain boleh la,tapi kalau waktu subuh macam mana?”


Dialog ini selalu kita dengar,namun tidak ramai yang mengambil berat
akan hal ini.Kebiasaannya jawapan yang muncul ialah “Kita Qada’ je solat
tu”.Jawapan itu kadangkala bukan hanya muncul dari orang biasa,tetapi ia juga
keluar dari mereka yang di anggap alim oleh masyarakat awam.Sepatutnya hal ini
tidak boleh terjadi dewasa ini.Membicarakan hal ehwal agama bukanlah semudah
membiacarakannya di warung-warung kopi.Tetapi ia memerlukan
Ilmu,penelitian,pertimbangan dan keberhatian.Melihat akan bermudah-mudahnya
manusia dalam membicarakan hal agama terutama mengenai hukum-hakam,membuatkan
penulis insaf dan malu kepada Allah.


Hal ini tidak pernah terjadi pada zaman para sahabat dan juga pada zaman
kegemilangan tamadun Islam suatu ketika dahulu.Ketika itu,sesuatu hukum yang
ingin dihebahkan akan dikaji dan diteliti dalam-dalam berdasarkan Al-Quran dan
Sunnah.Semua ini dilakukan oleh kerana takutnya mereka akan ancaman Allah
keatas mereka yang membicarakan sesuatu tanpa pengetauan.


Hal ini dinyatkan oleh Allah dalam
Surah Al-A’araf:


“Dan mengharamkan mengada-ada
terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui”


Ibnu Sirin pernah mengatakan bahawa “mati itu lebih baik daripada
mengatakan sesuatu yang dia tidak ketahui”.Selain daripada Ibnu Sirin,seorang
sahabat besar Nabi iaitu Saidina Abu Bakar juga pernah mengatakan “Langit
manakah yang akan menaungiku dan bumi manakah yang menampungiku,jika aku
mengatakan sesuatu yang tidak aku ketahui”.Oleh itu,penulis berharap,kita semua
dapat mencontohi sikap mereka yang sangat berhati-hati dalam mengeluarkan
sesuatu hukum.

Untuk menjawab persoalan dialog diatas,penulis membahagikannya kepada 3
bahagian.Pembahagian ini akan memudahkan pembaca menteliti dan menilai
hujah-hujah yang akan dikemukan.Setiap hujah akan disertakan dengan dalil dari
Quran dan Sunnah.Selain daripada itu,setiap hujah juga akan disertakan rujukan
di bahagian nota kaki.Semua ini dilaksanakan agar para pembaca dapat
mengkajinya secara lanjut.





Bahagian pertama:Hukum menghadap kiblat didalam
pesawat.


Telah sepakat bahawa menghadap kiblat adalah perkara wajib apabila ingin
menunaikan solat fardhu yang lima.Ini telah dinyatakan Allah didalam Surah
Baqarah:149-150 yang bermaksud:

Dan dari mana saja kamu keluar
(datang), maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram, sesungguhnya
ketentuan itu benar-benar sesuatu yang hak dari Tuhanmu. Dan Allah sekali-kali
tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan. Dan dari mana saja
kamu (keluar), maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana
saja kamu (sekalian) berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak
ada hujjah bagi manusia atas kamu, kecuali orang-orang yang zalim diantara
mereka. Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku (saja).
Dan agar Ku-sempurnakan nikmat-Ku atasmu, dan supaya kamu mendapat petunjuk.





Selain daripada itu,hujah ini diperkuatkan lagi dengan Sabda Nabi yangbermaksud:

Baitullah ialah qiblat bagi penduduk
(yang berada sekitar) Masjidil Haram, dan Masjidil Haram ialah qiblat bagi penduduk
(yang berada sekitar) tanah suci Mekah, sedangkan tanah suci merupakan qiblat
bagi penduduk bumi dari umatku baik yang ada di sebelah timur mahupun di
sebelah barat[url=#_ftn1][1][/url].


Berdasarkan hadis diatas,Syeikh Dr Wahbah Zuhaili menafsirkan bahawa
“Menghadap kiblat dengan tepat adalah wajib bagi mereka yang berada disekitar
Masjidil Haram.Manakala bagi mereka yang jauh dari Makkah,memadailah menghadap
ke arah Makkah sebagai menetapi syarat hukum[url=#_ftn2][2][/url].

Mencari arah kiblat adalah suatu kewajiban bagi mereka yang mahu
mendirikan solat.Pelbagai cara dan kaedah boleh dilakukan bagi menentukan arah
kiblat dewasa ini. ‘Tidak tahu’ bukan lagi alasan kukuh bagi kita pada zaman
kini.Teknologi satelit,kompas dan sebagainya memungkinkan kita untuk
mengetahuinya dengan mudah.Oleh itu,tidak sah solatnya jika seseorang solat
tanpa menghadap kiblat dengan alasan tidak tahu!Hal ini tidak dipandang sebagai
keuzuran tetapi dipandang sebagai suatu hal yang mempermainkan agama.Sebagai
seorang Muslim,menyediakan peralatan untuk solat adalah perkara utama yang
perlu difikirkan apabila ingin bermusafir.Ini semua untuk mengelakkan kita
dipertanggungjawab di Akhirat nanti.


Namun jika semua usaha telah dilakukan masih gagal untuk menentukan arah
kiblat terutama didalam pesawat,maka dibenarkan untuk mengangarkan arah
kiblat setepat mungkin.Hujah ini berdasarkan hadis di bawah yang bermaksud:







Jabir bin Abdillah radiallahu-anhu
menerangkan: Kami pernah solat di satu malam yang mendung dan kami tidak
mengetahui arah qiblat. Tatkala kami selesai solat kami perhatikan bahawa kami
(sebenarnya) solat bukan menghadap ke arah qiblat. Lalu kami sampaikan hal ini
kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam lalu beliau berkata: Kamu telah
melakukan yang terbaik. Seterusnya Jabir berkata: Dan beliau tidak menyuruh
kami mengulanginya[url=#_ftn3][3][/url]


Berdasarkan kepada hadis diatas,para Fuqaha telah bersepakat bahawa
solat tetap wajib dilaksanakan walaupun tidak menghadap kiblat.Walaubagiamanapun,status
hadis diatas dinilai tidak sahih oleh Imam Shafie ,dan menurut Mazhab shafie wajib
untuk mengulangi solat tersebut setelah mengetahui arah kiblat[url=#_ftn4][4][/url].Setelah
mengetahui hadis diatas dinilai Tidak Sahih oleh Imam Shafie,penulis cuba
membuat beberapa semakan dalam beberapa pendapat yang lain.Akhirnya penulis
mendapati bahawa mujtahid mutakhirin
mendapati bahawa hadis diatas adalah sahih kerana terdapat banyak sumber
serta jalan periwayatannya.Hadis-hadis yang dijumpai juga saling kuat-menguat
antara satu sama lain,sehingga menjadikannya bertaraf sahih[url=#_ftn5][5][/url].Imam
Syaukani dan Imam Shana’ni juga menilainya sahih dalam Nailul Authar dan
subus-salam.



Bahagian dua:Semampu yang mungkin.


Hal ini sering terjadi kepada mereka yang berada di dalam pesawat.Dengan
keadaan pesawat yang sempit(Kecualilah kapal terbang yang bersaiz besar seperti
Airbus A380),anak-anak kapal yang sibuk menjalankan tugas dan pelbagai lagi
tidak memungkinkan seseorang itu untuk mendapat ruang untuk solat.Apa yang
boleh dilakukan adalah hanya duduk dikerusi.Dalam hal ini penulis tidak menemui
jalan yang mudah. Dr Ahmad As-Syarbaasi iaitu Tokoh Feqh dari Universiti
Al-Azhar menegaskan bahawa seseorang itu wajib berusaha untuk solat sesempurna
yang mungkin(iaitu,berdiri,ruku’ dan sujud dilakukan secara sempurna).Malahan
kata beliau,jika pesawat itu bergerak ke arah lain maka orang yang bersolat itu
juga perlu menukar arah kiblatnya.


Namun jika tidak diketahui kearah mana pesawat bergerak maka dibolehkan
untuk tetap pada arah asal.Ketegasan Dr
Ahmad ini bersandarkan kepada maksud hadis:

Apa yang aku tegah kamu darinya maka
hendaklah kamu menjauhinya dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya maka hendaklah
kamu mengerjakannya sekuat mampu[url=#_ftn6][6][/url].


Menurut Dr. Syarbashi dalam huraian bab yang sama, solat seseorang itu
adalah tetap sah dan tidak perlu diulangi kerana telah berusaha sekuat mampu untuk menghindari
semua kesukaran yang wujud disamping niat yang ikhlas.


Bahagian ketiga:Solat dengan cara duduk?

Solat secara duduk adalah salah satu kemudahan yang disediakan Islam
kepada penganutnya.Ini juga membuktikan kepada penganut agama lain bahawa,umat
Islam boleh melaksanakan ibadahnya walaubagaimanapun keadaan seseorang itu.Pada
asalnya solat itu diwajibkan dilaksanakan dengan berdiri tegak.Ini bersandarkan
kepada Firman Allah yang bermaksud:


Peliharalah semua
shalat(mu), dan (peliharalah) shalat gusta.Berdirilah untuk Allah (dalam
shalatmu) dengan khusyu'[url=#_ftn7][7][/url]


Namun begitu,terdapat beberapa sebab yang
membolehkan seseorang itu solat tanpa berdiri.Antara sebab yang dibenarkan
seperti yang dijelaskan dalam hadis adalah;Sakit sehingga tidak membolehkan
seseorang itu berdiri,kesukaran dan dalam keadaan berbahaya.

Bagi seseorang yang sakit sehinggakan tidak
mampu,dia dibenarkan solat secara duduk ataupun semampu yang dia boleh.Ini
bertepatan dengan sabda Nabi yang bermaksud:

Solatlah dengan
berdiri,kalau tidak mampu maka duduklah,kalau masih juga tidak mampu maka
berbaringlah dengan posisi miring.[url=#_ftn8][8][/url]

Menurut Saiditina Aisyah,isteri Nabi
Muhammad,cara duduk yang dilakukan Nabi adalah dengan bersila.[url=#_ftn9][9][/url]Walaubagaimanapun,tidak
mengapa jika seseorang itu tidak bersila,ikutlah sekadar mana yang
mampu.Manakala bagi mereka yang mampu berdiri tetapi mempunyai masalah untuk
rukuk dan sujud,maka memadailah melakukannya dengan Isyarat.Panduan ini
diajarkan Nabi dalam satu hadis yang bermaksud:

Jika mampu bersujudlah di atas
tanah,dan jika tidak mampu maka berisyaratlah dengan jelas atau jadikan sujudmu
lebih rendah dari ruku’ mu.[url=#_ftn10][10][/url]

Ramai yang runsing berkenaan dengan kesempurnaan solat jika dilakukan
selain dengan berdiri.Sebenarnya,solat secara duduk jika ada keuzuran diterima
dan solat tersebut adalah sempurna[url=#_ftn11][11][/url].Namun,pahalanya
kurang separuh daripada mereka yang solat dengan berdiri.Ini bertepatan dengan
sabda Nabi yang bermaksud:

Pahala orang yang solat duduk
separuh daripada mereka yang solat dengan berdiri[url=#_ftn12][12][/url]

Selain daripada sakit,kesukaran dan dalam keadaan bahaya juga diberi
kelonggaran untuk melakukan solat dengan duduk.Kesukaran ini biasa dihadapi
mereka yang berada dalam keadaan bergerak.Terutama dalam kapal terbang.Biasanya
perkara yang dihadapi adalah,ruang yang sempit yang tidak mengizinkan solat
dengan berdiri, dan pergerakan yang melampau sehinggakan sukar untuk berdiri.Dalil
yang jelas membenarkan ia dilakukan adalah berdasarkan hadis Nabi yang
bermaksud:

Seorang sahabat telah bertanya
kepada Nabi “Bagaimanakah cara melakukan solat dalam perahu?” Kemudian Nabi
bersabda: “bersolatlah dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam.[url=#_ftn13][13][/url]



Hadis diatas ini menjadi dalil bolehnya bersolat di atas kenderaan,tidak
Kira apa jenis kenderaan sekalipun.Kerana ilat (tujuan hadis) bukanlah
berkenaan hukum perahu tetapi ialah kebolehan pelaksanaan solatt di atas
kenderaan.[url=#_ftn14][14][/url]


Kesukaran lain yang turut dinyatakan dalam hadis,ialah mengelakan diri
dari hujan lebat.

Nabi pernah melaksanakan solat
secara duduk di atas kenderaan dengan hanya sebab untuk mengelakkan diri
daripada hujan lebat.Sabda Nabi yang bermaksud:

Ya’la
bin Murah ra bersama Nabi dalam satu perjalanan,kemudian sampai di satu
lembah.Ketika itu Nabi di atas kenderaan tunggangannya.Langit ketika itu
mendung dan tanah sangat basah.Kemudian masuk waktu solat,Baginda memanggil
muazin lalu muazin azan dan iqamah.Setelah itu,Nabi meneruskan solatnya di atas
kenderaan dan bersolat secara berjamaah dengan para sahabat.Baginda memberi
isyarat dimana sujudnya lebih rendah dari ruku’nya.[url=#_ftn15][15][/url]


Keadah perlaksaan solat fardhu
diatas kapal terbang sama sahaja seperti solat di darat.Cumanya,ada kesukaran
yang timbul maka ,kesempurnaan gerak solat itu juga berkurangan selari dengan
kadar kesukaran yang dihadapi.Perlaksanaannya juga sama sahaja dengan kaedah
solat bagi mereka yang sakit,seperti menudukkan kepala lebih sedikit ketika
sujud,bagi membezakan sujud dengan ruku’.


Akhir sekali,penulis menyeru kepada
semua agar bersikap adil dan benar dalam hal memilih keadah melaksanakan solat
sama ada secara berdiri atau duduk.Tidak sah solat bagi mereka yang sengaja
solat secara duduk tanpa ada keuzuran yang dibenarkan.Namun jika segala daya
dan usaha telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh,maka dirikanlah solat
dengan semampu yang mungkin.Tidak perlu di Qhada’ ataupun diulanginya semula.



Firman Allah:

“(Allah) telah memudahkan untuk kamu
apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi semuanya daripadaNya.” (al-Jatsiyah:
13)


#Penulisan ini
adalah hasil kajian dan pemahaman penulis, dan sebagai manusia, penulis tetap
melakukan kesilapan. Jika terdapat pemahaman yang silap, maka tegurlah
kesilapan itu.

Kelebihan Surah Yassin

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....

AMINnnnn.

Doa-Doa Harian

DOA BAGI ANAK YANG BARU LAHIR
Aku mohonkan perlindungan kepadaMu dengan kalimat-kalimat Allah agar terhindar dari godaan-godaan syaitan dan binatang berbisa; dan sorotan mata jalang yang berakibat buruk.
www.familiazam.com
DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN
Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.
www.familiazam.com
DOA DALAM SEGALA WAKTU TERUTAMA SELEPAS SOLAT
Wahai Allah, sesungguhnya hamba memohon perlindungan pada Tuhan daripada ilmu yang tidak bermanfaat dan dari amal yang tidak diterima serta dari permohonan yang tidak didengar (dimakbulkan).
www.familiazam.com
DOA KETIKA MEMULAKAN PEKERJAAN
Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.
www.familiazam.com
DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku mohon kepada engkau petunjuk dan taqwa, iffah (berhati-hati dalam segala hal) dan kekayaan jiwa.
www.familiazam.com
DOA MENYEMBUHKAN DEMAM
(Jika suhu badan meningkat naik tanpa merasai sejuk, ayat-ayat al quran berikut dibaca)
Katakanlah: Wahai api, jadilah dingin dan selamat untuk Ibrahim.
www.familiazam.com
MOHON KEBAHAGIAAN SEPANJANG HARI
Wahai Allah, jadikanlah hari kita ini merupakan kebaikan, sedang pertengahannya merupakan kebahagiaan dan penghabisannya merupakan keuntungan.
www.familiazam.com
DOA UNTUK MENERANGKAN PENGELIHATAN
Ya Nur (dibaca 11 kali setiap hari selepas mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu)

DOA KETIKA TIMBUL PEMIKIRAN JAHAT
Aku berlindung diri pada Allah dari gangguan syaitan; dan aku berimah kepada Allah dan rasul Nya.
www.familiazam.com
DOA KETIKA MENEGUK AIR
Ya Allah, berilah kami minum dan berkatilah kami dengan turunnya hujan.

DOA SEWAKTU MELIHAT KEMUNGKARAN
Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
www.familiazam.com
DOA KETIKA BERHENTI DI SUATU TEMPAT
Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari bahaya apa yang telah dijadikan.

DOA KETIKA PULANG DARI PERJALANAN
Ya Allah, kami semuanya kembali, bertaubat, beribadat dan memuji syukur kepada Tuhan kami.
www.familiazam.com
DOA AGAR TIDAK MEMBANTU ORANG BERDOSA
Musa Berdoa: "Ya Tujhan ku, demi nikmat yang telah Engkau anugerahkan kepadaku. aku sekali-kali tidak akan menjadi penolong bagi orang-orang yang berdosa.

TASBIH UNTUK HILANGKAN WAS-WAS
Maha suci Tuhan yang memiliki, Tuhan yang maha kudus, Tuhan yang menjadikan dan yang memperbuat. jika Ia mengkehendaki, dihilangkan Nya dan diganti Nya dengan kejadian yang baru. Tidaklah yang demikian itu menyusahkan bagi Allah SWT.
www.familiazam.com
DOA MOHON MIMPI BERTEMU NABI SAW
Ya Allah sumber pancaran Nur, Ya Allah Tuhan yang mengatur semua perkara, Semuga Engkau sampaikan daripadaku salam dan tahiyyat kepada roh Nabi Muhammmad SAW an roh keluarga Nabi Muhammad SAW.

DOA MOHON DIBERI HIKMAH KEBIJAKSANAAN
Ya Allah, bukakanlah kepada kami hikmat Mu, dan limpahkanlah atas kami rahmat dari perbendaharaan rahmat Mu, Ya Allah Tuhan kami yang maha kasih sayang.
www.familiazam.com
DOA MOHON DITETAPKAN IMAN
Ya Allah, Tetapkanlah kami dalam agama "Islam" dan peliharalah iman kami.

DOA MENGHADAPI MUSUH YANG MENGANCAM DIRI KITA
Cukup aku berpegang kepada Allah dari segala sesuatu, Allah mengalahkan segala sesuatu, tidak terhenti sesuatu kerana perintah Allah, tidak ada daya dan kekuatan, hanya daya dan kekuatan Allah yang maha tinggi dan maha besar.
www.familiazam.com
DOA BADAN TERASA SAKIT
Ya Allah, Tuhan sekalian manusia , semuga Engkau hilangkan penderitaan ku dan Engkau sembuhkan aku, Ya Allah tuhan yang maha penyembuh. Tidak ada kesembuhan, hanya kesembuhan yang datang dari Engkau, kesembuhan yang tidak berulang lagi. didalam tangan Mu semua kebajikan dan Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

DOA MOHON DITAMBAH ILMU DAN MUDAH MEMAHAMI
Ya Allah, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku faham dan pengertian yang baik.
www.familiazam.com
DOA MOHON KEMUDAHAN DALAM BEKERJA DAN BERFIKIR
Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah.

DOA MOHON DILINDUNGI DARI ORANG JAHAT
Ya Allah Tuhan yang Nur Nya berada dalam rahsia Nya, dan rahsia Nya berada dalam makhluk Nya, lindungilah aku dari pengelihatan orang-orang yang mengintai dari hati orang hasut dan orang yang zalim, seperti Engkau melindungkan roh manusia dalam tubuhnya, sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
www.familiazam.com
DOA MOHON DIHIDUPKAN HATI
Ya Allah Tuhan yang maha hidip, berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan yang maha besar dan maha mulia, Ya Allah tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada Mu semuga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah Mu. Ya Tuhan ku yang maha kasih sayang.

DOA MOHON DIHILANGKAN RASA TAKUT TERHADAP SYAITAN
Aku berlindung dengan kalimah Tuhan yang maha sempurna daripaga syaitan yang menggoda dan dari pandangan mata yang menyeramkan.
www.familiazam.com
DOA MOHON KEKUATAN IMAN
Wahai Allah, berikanlah kepada hamba keimanan yang sebenar-benarnya yang tiada kekufuran sesudahnya itu serta merupakan rahmat yang dengannya itu hamba dapat memperoleh kemuliaaan tuhan di dunia dan akhirat.

DOA DIBUKA DADA UNTUK MENERIMA ILMU DAN DIBERI KAFASIHAN
Ya Allah, Bukakanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan pada lidah agar mereka faham akan perkataan ku.
www.familiazam.com
UCAPAN KALIMAH TAHMMID SETELAH BANGUN TIDUR
Segala puju bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali setelah dimatikan Nya untuk sementara waktu, dan kepada Nya kami akan kembali.

DOA KETIKA DATANG MUSIBAH
Ya Allah, berilah ampunan kepadaku dan dia dan ikutkanlah aku bersamanya dengan akibat yang baik.
www.familiazam.com
DOA JIKA MEMPUNYAI HAJAT YANG BESAR
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Mu iman yang aku guna untuk mencari kebenaran. Cahaya yang aku jadikan ikutan dan rezeki yang aku cukupkan.

DOA TOLAK BALA
Puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari apa yang ia memberi percubaan kepadaku, dan Ia telah mengutamakan aku dari segala banyak makhluk.
www.familiazam.com
DOA MINTA MULIAKAN KELUARGA
Ya Allah! berikanlah bagi kami isteri dan anak-anak yang menyenangkan hati dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.

DOA UNTUK PENGANTIN
Mudah-mudahan Allah memberkati engkau segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikkan.
www.familiazam.com
DOA KETIKA MEMULAKAN SOLAT
Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada Mu dari bisikan-bisikan syaitan. dan aku berlindung kepada Mu (pula), wahai Tuhan ku dari kedatangan mereka kepadaku.

Hadis Nabi

Dibawah ini adalah Hadis Nabi yang dihimpunkan khas buat tatapan para pengunjung. Ianya akan ditambah dari masa ke semasa, Semuga anda memperoleh menafaat darinya, Insyaallah.

48-Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70 000 musim.” (Hadis Riwayat Muslim)
47-Dari Abu Ayyub al-Anshari r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.” (Hadis Riwayat Muslim)
46-Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang meminjamkan untanya kepada satu keluarga untuk diperah susunya pagi dan petang maka pahalanya sungguh sangat besar.” (Hadis Riwayat Muslim)
45-Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”satu jenazah berlalu di hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda berdiri. Kami pun berdiri juga mengikut baginda. Kemudian kami berkata:”Ya rasulullah! Itu jenazah orang Yahudi.” Sabda baginda:”Kematian itu mengejutkan. Oleh itu bila kamu melihat jenazah (lalu) berdirilah.” (Hadis Riwayat Muslim)
44-Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang mendapatkan Subuh satu rakaat sebelum terbit matahari, bererti dia telah mendapatkan Subuh seutuhnya. Dan sesiapa yang mendapatkan Asar satu rakaat sebelum matahari terbenam, bererti dia telah mendapatkan Asar seutuhnya.” (Hadis Riwayat Muslim)
43-Dari Abu Hurairah r.a, katanya:”Rasulullah s.a.w melihat kahak di kiblat masjid. Lalu baginda menghadap kepada orang ramai lalu bersabda:”Bagaimana pendapat kamu semua jika seseorang sedang solat menghadap Tuhannya, lalu dia meludah ke hadapan? Senangkah kamu jika kamu sedang dihadapi seseorang, tiba-tiba orang itu meludahi mukamu? Kerana itu jika kamu meludah ketika solat, maka ludahlah ke kiri atau ke bawah kakimu. Jika itu tidak mungkin, ludahlah ke sapu tanganmu.” (Hadis Riwayat Muslim)
42-Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Aku dibawa orang (Jibril a.s) ke telaga zamzam; di sana dadaku dibelah kemudian dibersihkan dengan air zamzam, sesudah itu aku dihantarkannya kembali ke tempatku semula.” (Hadis Riwayat Muslim)
41-Dari Ibnu ‘Umar r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak diterima solat seseorang tanpa suci dan tidak diterima sedekah yang berasal daripada kejahatan (seperti mencuri, menipu, menggelapkan wang, merompak, judi dan sebagainya)” (Hadis Riwayat Muslim)
40-Abu Hind Arrazi berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Ingatlah kepadaKu dengan mentaatiku, Aku akan ingat kepadamu dengan pengampunan-Ku. Barang siapa ingat kepada-Ku seraya ia berta'at, maka patutlah Aku ingat kepadanya dengan pengampunan-Ku, dan barangsiapa ingat kepada-Ku seraya ia bermaksiat, maka patutlah Aku ingat kepada-Nya dengan kebencian". (Hadis Riwayat Ad-Dailami dan Ibnu Asakir dari Abi Hind-Arrazi).
39-Umarah bin Daskarah berkata; Nabi saw bersabda: Allah berfirman: "Sesungguhnya hamba-Ku yang sejati, ialah yang selalu ingat kepada-Ku, di saat ia menghadapi musuh setaranya". (Yakni di medan jihad). (Hadis Riwayat Attirmidzi).
38-Ali ra. berkata; Nabi saw. bersabda:
Allah ta'ala berfirman: "Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku. Barangsiapa mengakui ke-Esaan-Ku ia masuk benteng-Ku dan baransiapa memasuki benteng-Ku ia aman dari siksaan-Ku. (Hadis Riwayat As-Syirazi dalam kitab Al-Alqab dari Ali)
37-Abu Dardaa' ra. berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Sesungguhnya seorang hamba yang Aku beri sehat badannya. Dan luas rezekinya kemudia hingga empat tahun tidak datang berkunjung kepadaKU (yakni berhaji), sesungguhnya orang itu sangat rugi". (Hadis Riwayat Atthabarani dan Abu Ya'ala).
36-Ibnu Abbas ra. berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Sesungguhnya Aku hanya menerima salat dari orang yang merendahkan diri karena keagungan-Ku dan tiada menyombongkan dirinya di atas makhluk-Ku, tiada terus menerus bermaksiat pada-Ku, menghabiskan masa harinya berdzikir kepada-Ku, berbalas kasih kepada orang miskin, orang musafir-ibnussabil- perempuan janda dan orang yang terkena mushibah. Ia bercahaya laksana matahari. Aku lindungi ia dengan kesabaran-Ku dan memerintahkan malaikat-Ku menjaganya. Aku berinya cahaya dalam kegelapan dan kesabaran dalam kesukaran. Ia di antara makhluk-makhluk-Ku laksana "firdaus" diantara barisan surga". (Hadis Riwayat Al-Bazzar dari Ibnu Abbas)
35-Abu Qaqid Allaitsy ra.a. berkata; Nabi saw bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Sesungguhnya aku turunkan harta untuk menegakkan shalat dan mengeluarkan zakat. Dan andaikan seoran ganak Adam telah memiliki sebuah lembah, ia masih ingin memiliki du alembah, dan bila ia telah memiliki dua, ia ingin mendapat ketika, dan tidak ada yang dapat memenuhi perut anak Adam kecuali tanah Dan Allah akan mengampuni orang yang tobat" (Hadis Riwayat Ahmad, At-Thabarani)
34-Ali ra. berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Aku sangan murka tas orang yang melakukan kedhaliman (aniaya) terhadap seorang yang tidak ada pembelanya selain Aku". (Hadis Riwayat Athathabarani didalam kita "Alkabar" dan Al Qudha'ie dan Ali)
33-Abu Said ra. berkata: Nabi saw bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Carilah kebaikan kepada orang-orang yang mempunyai sifat belas kasih daripada ummat-Ku tentu kamu akan dapat hidup di bawah lindungannya, karena dari orang-orang yang kejam hati karena murka-Ku menimpa diatas mereka". (Hadis Riwayat Al Qudha'ie dari Abi Said)
32-Anas ra berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Aku telah menyediakan bagi hamba-hambaKu yang beriman dan beramal saleh kenikmatan yagn tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telingan ataupun terlintas dalam hati manusia (Hadis Riwayat Ibnu Jarir dari Anas)
31-Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi saw bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Apabila hambaKu merencanakan melakukan suatu amal kebaikan kemudian tidak jadi dilakukannya, maka aku mencatat baginay suatu kebajikan, tetapi bila ia melaksanakannya, maka tetap Aku mencatat amalnya itu sepuluh kebajikan sampai berganda tujuh ratus. Dan apabila ia merencanakan untuk melakukan suatu kejahatan lalu tidak jadi dilaksanakannya, maka tidaklah Aku catat baginya, tetapi apabila ia tetap melaksanakannya Aku catat baginya, sebagai satu kejahatan".(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim serta Attirmidzi dan Ibni Hibban dari Abu Hurairah)
30-"Malu Itu Tidak Datang Kecuali Dengan Membawa Kebaikan" (Riwayat Bukhari & Muslim)
29-"Sesungguhnya besar ganjaran adalah dengan besarnya ujian. Sesungguhnya Allah jika Dia mengasihi sesuatu kaum, nescaya mereka akan diuji dengan ujian. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah. Barangsiapa yang tidak bersabar, nescaya Allah juga tidak akan bersabar dengan mereka!" (Riwayat At-Tirmizi & Ibnu Majah)
28-Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Riwayat Al-Bukhari)
27-Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim)
26-"Daripada Ibnu Umar menyatakan bahawa Nabi (s.a.w) sudah memberikan kebun baginda kepada penduduk Khaibar untuk diusahakan dengan syarat mereka (Penduduk Kaibar) akan memberikan sebahagian daripada buah-buahan atau hasil tanaman yang diusahakan". (Riwayat Muslim)
25-"Sebaik-baik sedekah adalah mempelajari sesaorang islam akan ilmu, kemudian mengajar ilmunya itu kepada saudara Islam yang lain" (Riwayat Ibnu Majjah)
24-Abu Ubaidah r.a. meriwayatkan bahawa;Daku telah mendengar bahawa Rasulullah bersabda:"Puasa adalah sebagai perisai, selagi dia tidak memecahkan perisai tersebut".
23-Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya; Sesungguhnya Al-Aqrak bin Haabis pernah melihat Nabi s.a.w memeluk Hasan. Al-Aqrak lalu berkata: Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, namun aku tidak pernah memeluk seorang pun daripada mereka. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya barangsiapa yang tidak menyayangi, nescaya beliau tidak akan disayangi.
22-Bersabda Rasululullah s.a.w."janganlah bercakap melebihi dari zikrullah, sesungguhnya banyak cakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras, ia akan menjadi semakin jauh dari Allah."
21-Sabda Rasulullah S.A.W Maksudnya; "Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takbur" ( Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib )
20-Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hubungan kekeluargaan itu digantungkan pada Arasy. Ia berkata: Barangsiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan aku maka Allah pun akan memutuskannya.
19-Dari Aishah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang yang mengerjakan sembahyang pada waktu malam lalu digagahi sehingga tertidur, melainkan dituliskan baginya pahala sembahyang dan tidurnya itu adalah sedekah." - Riwayat Bukhari & Muslim..
18-Hadis Riwayat Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia beradadi dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan.
17-Sabda Rasulullah : "Lakukanlah ketaatan kepada Allah SWT dan takutilah daripada melakukan maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu melakukan suruhan-Nya dan yang demikian itu akan memelihara anak-anak kamu dan kamu daripada api neraka"
16-Diriwayatkan daripada Samurah bin Jundub r.a katanya: Dahulu, setiap kali Nabi s.a.w selesai mengerjakan sembahyang Subuh, baginda mengarahkan wajahnya kepada para Sahabat seraya bertanya: Apakah semalam ada salah seorang di antara kamu yang bermimpi?
15-Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Mencaci dan memaki orang-orang Islam adalah fasik dan memerangi mereka adalah kafir.
14-Diriwayatkan daripada Jarir r.a katanya:Nabi s.a.w telah bersabda kepadaku sewaktu Haji Wida' supaya menyuruh orang ramai diam. Setelah orang ramai diam, baginda bersabda: Janganlah kamu kembali menjadi orang-orang kafir setelah peninggalan kudengan memukul-mukul leher di antara satu sama lain di kalangan kamu.
13-Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya.(Maksud Hadis)
12-Apabila seseorang darimu hendak mendirikan sembahyang, maka hendaklah ia sembahyang laksana sembahyang orang yang memberi selamat tinggal, iaitu orang yang sama sekali tidak fikir ia akan dapat kembali bersembahyang lagi.(Maksud Hadis)
11-Apabila amanat dipersia-siakan maka tunggulah saat kebinasaan , tanya perawi hadis ini "Ya Rasulullah, bagaimana dipersia-siakan amanah itu? Jawab Baginda, apabila sesuatu urusan yang penting itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kebinasaannya.(Maksud Hadis)
10-Apabila umatku membesar-besarkan dunia nescaya kehebatan Islam akan dihapuskan dari mereka, dan apabila umatku mengabaikan amal-makruf dan nahi-mungkar nescaya mereka akan diharamkan dari keberkatan wahyu.(Maksud Hadis)
09-Tidak masuk syurga kamu sehingga kamu beriman,dan tidak dinamakan beriman kamu, sehingga saling cinta-menyintai.Tidakkah kamu suka kalau aku menunjukkan sesuatuyang jika dilakukannya, tentu kamu semua akan saling cinta-menyintai? Iaitu ratakanlah salam sesama semua.(Maksud Hadis)
08-Orang yang banyak berkata, akan banyak silap, dan orang yang banyak silap akan banyak dosa dan orang yang banyak dosa ialah neraka lebih layak baginya.(Maksud Hadis)
07-Lidah orang mukmin menurut hatinya, bila dia hendak berbicara difikirkannyadahulu sebelum disalurkan ke lidahnya. (Maksud Hadis)
06-Berikanlah sedekah walaupun dengan sebiji tamar ataupun sebuku roti, atau sebuah senyuman yang manis.(Maksud Hadis)
05-Orang yang buruk dari kalangan umatku ialah yang selalu makan mewah, berpakaian aneka ragam dan suka bercakap besar.(Maksud Hadis)
04-Budi pekerti yang baik ialah jika engkau menyambungkan silaturrahim kepada orang yangmemutuskan persahabatan denganmu.(Maksud Hadis)
03-Kamu tidak dapat menggembirakan semua orang dengan harta benda, oleh itu gembirakanlah mereka dengan senyuman berseri dan ikhlas luhur.(Maksud Hadis)
02-Rebutlah lima masa sebelum tibanya lima masa, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kaya mu sebelum fakir, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati. (Maksud Hadis)
01-Rela merendahkan diri dalam sesuatu majlis,termasuk sifat tawadhuk kepada Allah S.W.T.(Maksud Hadis)
kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan…
manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang…