Sunday, September 5, 2010

RAHSIA DI SEBALIK PIALA DUNIA???

Tuesday, July 6, 2010

Di sebalik Piala Dunia 2010 Afrika Selatan (FIFA 2010)

http://2.bp.blogspot.com/_R1-2Jw2aJDs/TDNyvR1bNvI/AAAAAAAAAAM/OyLmkWPxrNo/s320/2010-logo.jpg


Nampaknya FIFA 2010 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi... Hanya menunggu saat-saat kemunculan pasukan jaguh bola sepak dunia berentap pada perlawanan akhir 11 Julai nanti. Detik yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat dunia umumnya...

Sedar atau tidak sudah lebih sebulan rakyat Malaysia khususnya ber'qiamullail' sama ada di dalam ruang tamu rumah, kaki lima bangunan kedai makanan, kedai-kedai mamak... semuanya khusyuk menantian satu sorakan yang diagung-agungkan oleh seluruh isi bumi ini... Apakah kalimah yang keramat itu? Mengapakah terlalu ramai yang memuja kalimah tersebut hinggakan sanggup berjaga pada waktu tengah malam? Sakti apakah yang terdapat dalam kalimah tersebut? Apakah lafaznya? Adakah ia 'Allahu Akbar' sepertimana dalam Takbiratul Ihram? Adakah mereka berjaga pada waktu malam untuk bermunajat dan bertahajud kepada-Nya?

Jawapannya ada pada diri para pembaca yang dipilih Allah sekalian... Lafaz pendek yang mempunyai tiga huruf di mana terdiri daripada 2 huruf konsonan dan 1 huruf vokal... Diagung-agungkan dan dipuja seluruh manusia apabia tiba musim Piala Dunia... Ianya lafaz 'gol'... Mudah disebut hinggakan satu dunia berkongsi istilah ini tanpa khilaf pada ejaan mahupun sebutannya. Begitu 'berkuasa' kalimah ini hingga ada yang sanggup melupakan pada yang Maha Kuasa menjelang fajar sadiq menjelma esok pagi... Perkara ini sepatutnya dibimbangi oleh semua umat Islam khususnya tetapi ke manakah melayangnya kerisauan tersebut?

Secara sedar atau tidak, minda kita telah dijajah oleh Barat dan ini telah menjadi selimut kepada perkara yang haq untuk muncul menunjukkan apa yang sepatutnya terjadi. Kita dikuasai atas dasar 5S yang kini telah sebati dalam hidup kita seharian... Apakah 5S? 5S adalah:

1. Sport (Sukan)

Seperti yang diketahui, sukan telah melahirkan atlet-atlet harapan negara yang berentap di persada dunia bagi meraih nama dan gelaran tertentu. Sehingga membentengi yang halal untuk meraih kepentingan diri. Benarkah cara pemakaian atlet-atlet demikian? Adakah itu sesuatu yang baik?

2. Screen (Skrin)

Tidak lengkap sesebuah rumah tanpa sesuatu yang dinamakan skrin.. Sama ada peti televisyen atau komputer, masing-masing punyai peranan untuk menyebarkan maklumat-maklumat yang kini menjadi sesuatu yang dipelukan oleh setiap manusia. Manusia yang mudah terpengaruh tidak keliru untuk memilih fitnah sebagai sumber pengetahuan mereka. Apa yang disampaikan dianggap sebagai sesuatu yang benar... Adakah semua yang disampaikan benar?

3. Star (Bintang)

Telah menjadi kebiasaan, bintang dianggap cantik, menarik selain dapat memandu manusia ke sesuatu arah yang ingin dituju. Begitu juga dengan 'bintang pujaan' yang kini semakin rakus membiak di pentas populariti. Artis disanjung sebagai idola. Apakah Junjungan Mulia Muhammad S.A.W tidak cukup baik untuk dijadikan contoh teladan?

4. Sex (Seks)

Fitrah manusia diciptakan dengan nafsu dan amarah yang mana akan mengawal manusia jika manusia tidak mengawalnya. Kewujudah budaya seks bebas yang diperkenalkan oleh barat sejak sekian lama menjadi ikutan muda mudi Islam zaman sekarang. Keruntuhan akhlak berpunca daripada pengaruh nafsu seks yang tak terkawal dan kini banyak mengundang kewujudan 'bayi sampah' atau lebih tepat, 'anak haram'. Persoalannya, Haramkah anak itu? Siapa yang lebih HARAM dalam hal ini?

5. Style (Gaya)

Indah sungguh dilihat pada paparan mata yang buta dengan ilmu tatkala mengilas pandangan kepada 'mar atun' atau tempat jatuh pandangan. Fesyen Islamik moden kononnya telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dalam Kitab-Nya dan juga kalam pesuruh-Nya. Apakah ini yang dicari oleh mukmin sekarang ini? Perlukah ini dibiarkan?

Segala jawapan di atas ada dalam diri anda. Anda yang perlu menjawabnya sendiri.

BONGKAR???

Wednesday, July 28, 2010

Adakah semua ini benar??

"Errmmm... enaknya coklat nii.. nak lagi.." "Wah, rangupnya... sedap betul keropok ni.." inilah yang selalunya kita ucapkan ketika makan makanan ringan yang dibeli di mana-mana kedai. Adakah lafaz Basmalah (بسم الله الرحمن الرحيم) kita sertakan bersama? Jika ya, tak mengapalah. Tapi, bagaimana kalau tidak? Muhasabahlah.

Tapi, bukan itu sebenarnya yang ini dikupaskan dengan lebih lanjut. Penulis teringin untuk bertanya kepada semua pembaca sekalian.. Setiap kali kita beli makanan di kedai, sama ada makanan ringan ataupun makanan mentah, adakah kita terfikir tantang bahan-bahan untuk menghasilkan makanan tersebut? Selalukah kita membelek-belek ruangan bahan-bahan yang tertera di belakang bungkusan makanan tersebut? Ataupun cukup sekadar logo Halal Jakim yang tertera sudah membuktikan bahawa makanan itu benar-benar halal? Bagaimana dengan makanan yang tiada logo halal? Pernahkah kita tersedar, produk yang amat laris di pasaran yang mendapat perhatian semua pembeli muslim khususnya seperti:
Coklat Ferrero Rocher
snek kentang PringlesKedua-dua produk ini sebenarnya TIDAK MEMPUNYAI logo Halal Jakim atau mana-mana logo Halal tapi cukup laris terjual di pasaran. Tidak percaya? sila periksa sendiri.

Namun, bagaimana pula dengan makanan yang diragui yang mempunyai logo Halal Jakim? Adakah kita yakin bahawa makanan ini betul-betul halal? Terfikirkah kita tentang logo halal palsu? Di sini, penulis ingin mengeluarkan beberapa fakta tentang bahan-bahan makanan yang diragui...
Emulsifier (E471) (Mono-and Diglycerides of Fatty Acids) sebenarnya dihasilkan dari LEMAK BABI. Fungsi lemak babi ini digunakan dalam makanan adalah untuk menstabilkan bentuk dan rasa makanan selain menjadi bahan pengawet kepada makanan yang dihasilkan. Ini kerana lemak haiwan lain tidak cukup padat untuk menjadi penstabil makanan yang baik. Bahan ini selalunya terdapat pada makanan segera yang dipek untuk tempoh yang panjang seperti keropok, snek dan sebagainya.
Gelatin pula kebanyakan dihasilkan dari bahan yang berasaskan haiwan terutamanya BABI. Ini kerana gelatin yang dihasilkan dari babi dapat bertahan lebih lama selain proses penghasilannya lebih mudah dilakukan.

Selain itu, makanan yang mengandungi bahan yang diragui ini terasuklah

Coklat Cadbury
Kek lapis Apollo
Dan banyak lagi produk yang tak dapat penulis senaraikan kesemuanya di sini.

Kesimpulannya, kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam memilih makanan yang kita akan makan. Ini kerana setiap zarah makanan yang masuk dalam tubuh badan kita akan menjadi darah daging kita. Dan inilah yang akan membentuk diri kita sama ada menjadi daging yang baik atau buruk. Inilah puncanya umat Islam sekarang semakin lemah dan kurangnya semangat mempertahankan agama. Rasulullah S.A.W pernah bersabda dalam hadisnya: "Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka nerakalah yang lebih layak baginya.." Mahukah kita??

BACALAH SAYANG!!

Friday, July 9, 2010

Pesanan buat saudara saudariku...

Rupa paras yang kacak, tampan, cantik dan menawan dilengkapi dengan bentuk badan yang anggun lagi mempesonakan sudah tentu menjadi idaman setiap manusia di bumi. Tambahan pula dengan pakej suara yang merdu serta enak didengar, kepetahan melontar ucapan di khalayak, kecekapan memberi pendapat yang bernas lebih menjadi pingitan setiap makhluk bernama insan. Mana tidaknya, berjalan kesana ada peminat. Berjalan kesini, ada peminat juga. Siapa yang tidak mahu?

Namun sedarlah... Anda adalah antara mereka yang telah dikurniakan set kelengkapan diri yang sempurna seperti yang disebut tadi. Biarpun terdapat beberapa kekurangan, namun kelebihan akal fikiran yang telah diberikan kepada kita tentunya tidak ada tolok bandingnya... Kelebihan yang membezakan antara kita dengan lembu, kerbau, ayam dan sebagainya. Bersyukurlah kerana roh kita ditiupkan ke dalam jasad seorang insan. Jika kita tidak bersyukur, apa lagi yang kita mahukan selain dari pemberian yang agung ini?

Keperihalan tentang syukur manusia ini mendapat pertikaian oleh Allah Taala dalam Surah ar-Rahman yang bermaksud, "Maka nikmat tuhan yang manakah kamu dustakan?" Teguran ini jelas membuktikan yang manusia ini sebenarnya mudah lupa pada nikmat yang telah dikecapinya... Ayat ini juga disebut berulang-ulang kali untuk menunjukkan bahawa manusia ini sangat-sangat mudah mengkufuri akan pemberian-Nya. Buktinya, masa bilakah kita menyebut nama Allah? Adakah setiap waktu mulut dan hati kita sentiasa berzikir nama-Nya? Jika ya, Alhamdulillah. Anda tidak tergolong dalam golongan ini. Jika tidak, anda dapat fikirkan sendiri. Bila susah, sakit, sentiasa berada di atas tikar sejadah bermunajat. Apabila senang, sihat, bagaimanakah kita?

Anggota tubuh badan yang dikurniakan Allah adalah sesuatu yang amat penting untuk dipelihara dan dijaga seelok-eloknya. Ini sebagai tanda bahawa kita benar-benar mensyukuri nikmatnya atau tidak. Oleh itu, ada batas-batas dan had untuk kita mempamerkan diri di hadapan khalayak. Anggota aurat wajib ditutup agar kehormatan diri dapat dilindungi. Terutamanya kepada saudari-saudari sekalian. Apalah yang nak dibanggakan dengan rambut yang ikal mayang dan lembut bak benang sutera, susuk tubuh yang menawan bagaikan permaisuri kerengga, suara yang lunak mengalahkan burung kelicap yang bersiul jikalau suatu hari nanti semua itu akan menjadi bahan bakar kepada api neraka? Awas! janji Allah tak pernah tergelincir walaupun sebesar zarah.

Sikap yang kita tonjolkan mempamerkan akhlak sebenar diri kita. Adakah kita sedar bahawa semakin hari akhlak kita semakin jauh menyimpang dari akhlak Rasulullah S.A.W. Biarpun ada yang berkata bahawa kita hanya manusia biasa, tiada tandingnya dengan baginda, namun apa yang dituntut oleh Islam adalah mencontohi dan mengikuti keperibadian baginda yang mulia melalui sunnah baginda. Baginda diutuskan kepada kita sebagai 'khairu khalqillah' (sebaik-baik ciptaan Allah). Tiada lagi alasan untuk menyatakan tiada contoh terbaik untuk dijadikan teladan. Turutilah sunnah Rasulullah, nescaya kita akan beroleh kemenangan di akhirat kelak. Insya Allah.

Wallahu a'lam.

PROPAGANDA YAHUDI!!

SEDARLAH WAHAI UMAT ISLAM SEKALIAN!!!

Saturday, September 4, 2010

Kebenaran di sebalik penipuan dan kebetulan. (shared)

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? sila lihat sendiri videonya di link ini:

http://www.youtube.com/watch?v=YKN5jW8WJ9Y

Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.



Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk
...ap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas - Simbol Paganism



Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P
...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.


Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?


Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.


Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..


Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).

Saturday, August 7, 2010

Jatuh Cinta atau Jatuh Nafsu?

jAtuh CINTA atAu jAtuh NAFSU???


Oleh: tajulrijalannuar
Editor: Rasailul Ashwaq


Kata orang barat "What's the fuss all about?"

Hari ini saya ingin mengajak saudara meneliti permasalahan ummat yang berlaku kini khususnya bagi golongan muda belia yang masih lagi baru dalam meniti hakikat kehidupan.

Permasalahan mengikut usia.

Apa yang dapat saya lihat, kebiasaannya masalah bagi golongan muda adalah mengenai hubungan atau percintaan. Masalah kepada mereka yang sudah berumah tangga lebih kepada permasalahan daipada aspek tanggungjawab kepada keluarga, kecurangan dan juga politik tempat kerja. Mereka yang berada dalam kategori kepimpinan pula permasalahannya lebih kepada korupsi dan penyelewengan, tidak kira sama ada daripada golongan ‘ikan bilis' hinggalah ke ‘jerung besar' dan daripada parti Islamik, komunis, sosialis mahupun sekularis.


Melihat kepada rancangan televisyen, dapatkah anda menilai betapa banyaknya filem, teledrama, telefilem bahkan apa rancangan sekalipun yang membincangkan mengenai cinta sesama manusia? Dalam ruangan akbhar pula, akhbar manakah yang tiada ruangan kaunseling cinta? Berapa banyaknya majalah yang menerbitkan tentang hubungan sesama manusia dalam erti kata cinta yang tidak sah? Cuba anda lihat pula pada diri anda sendiri atau setidak-tidaknya pada mereka yang sebaya dengan anda. Berapa ramaikah di antara mereka yang mempunyai kekasih pujaan hati? Jawapannya bukan sahaja ada, bahkan terlalu banyak dan barangkali sudah menjadi darah daging!







Bermula mungkin daripada persahabatan, lewat sistem pesanan ringkas (SMS) ataufacebook. Setelah beberapa lama, pertemuan diatur. Kemudian, keluar berdua-duaan. Malu-malu. Segan-segan. Selepas itu, bermulalah adegan ayang-ayang, anje-anje. Mula berpegangan tangan. Perhubungan ini diisi dengan madah cinta yang sangat romantis.

Cinta suci...


Cinta agung...

Semoga perhubungan diberkati dan kekal...

Setelah itu, mungkin ada yang ke jinjang pelamin dan mendirikan rumah tangga dan mungkin pula daripada berpegangan tangan mula melangkah lebih maju dalam keadaan yang tidak baik.

Malaysia Boleh katakan...

Di akhir cerita lahirlah anak luar nikah. Paling tidak, kehormatan diri sudah tergadai atau mungkin hampir tergadai. Barangkali situasi ini tidak berlaku kepada semua pasangan tetapi hal ini berlaku hampir kepada semua.

Kita lihat pula pada sikap mereka yang berada dalam situasi ini. Sanggup lakukan apa sahaja, betul? Sanggup membelanjakan wang dan mengorbankan masa. Sanggup melayan dan menahan banyak kerenah. Sanggup menyerahkan tubuh badan untuk dijadikan sebagai persembahan ‘cinta teragung'. Lebih dahsyat lagi ada yang sanggup menukar agama kerana sayangkan kekasih hati.

Lihat pula kepada perbualan harian mereka.


"Kenapa dia tak call aku hari ni?"

"Dia suka aku ke tak? Sayang aku ke tak?"

Kalau nak dengar dengan lebih lanjut, saya mencadangkan supaya dengan tak malunya sila duduk di sebelah mereka yang sedang berpacaran dan dengar perbualan mereka. Jika ingin jalan selamat supaya tidak dimaki, tonton sahaja TV3.

Sekarang harap anda mula melihat dengan jelas. Sejujurnya hal ini adalah masalah yang berlaku dalam golongan muda-mudi kita. Kita disibukkan oleh permasalahan sebegini remeh.


Cinta itu juga satu ciptaan. Bukan Pencipta. Cinta bukan Tuhan!


Bukankah cinta itu telah Allah ciptakan kepada manusia sebagaimana Dia menciptakan pancaindera manusia dan akal manusia. Jadi boleh sahaja kita katakan bahawa cinta itu cuma satu jalan daripada jalan-jalan yang telah Allah kurniakan kepada kita untuk mencari redaNya. Sayang... Kita menjadikan jalan itu sebagai matlamat sedangkan matlamat sebenarnya sudah hilang ke mana. Jadinya, secara tidak sedar kita telah terlampau mengagungkan kalimah cinta dan cinta itu sendiri.


JATUH CINTA
atau JATUH NAFSU?


Bukankah sudah jelas dalam al-Quran dinyatakan bahawa syaitan akan menampakkan sesuatu yang buruk itu sebagai sesuatu yang baik pada pandangan kita?

Berpegangan tangan. Bercumbu mesra. Peluk-memeluk. Tangan menjalar merata diiringi kalimah-kalimah yang manis puji-memuji. Kadang-kadang siap berdoa supaya kasih akan terus berkekalan. Poorah! Bila sudah perut membesar, barulah tersedar dan tersentak. Bila keluarga si perempuan bawa "abang-abang besar" suruh bertanggungjawab barulah rasa kecut dan takut.

Haq dan batil tidak boleh bercampur. Islam itu lahir daripada keruntuhan jahiliah. Kita ini terbalik pula. Islam itu jadinya pada kita bercampur dengan jahiliah. Maka patutkah Allah reda dengan tindakan kita? Sepatutnya kita melihat melalui kaca mata al-Quran yang sudah terang haq dan batilnya. Bagaimana indah sekalipun jika yang batil itu dicantikkan oleh syaitan, kita tetap akan sedar betapa buruknya apa yang kita lakukan, betapa jijiknya dan kotornya dosa yang kita lakukan itu.


Berhenti dan
Periksa diri Anda.


Kita bukanlah manusia yang sempurna daripada segala salah dan silap. Kita seharusnya sedar jika telah berbuat kesalahan dan melakukan perubahan. Itulah yang membezakan Adam dan Iblis. Kedua-duanya membuat kesalahan tetapi Adam bertaubat sedangkan Iblis telah bersumpah dengan angkuh dan sombongnya untuk menyesatkan anak cucu Adam sampai hari perhitungan. Berhenti dan periksa diri kita, muhasabah kembali tiap perlakuan kita. Semoga apa yang tertulis ini mampu memberi sedikit kesedaran kepada saya dan anda. Wallahua'alam.







Thursday, July 15, 2010

Fesyen Tudung Baru,Jom Tengok!!




ni anak buah saya yang ke 2...name die ayie..kan comel 2 pakai tudung..hehehehe




Di sini saya ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya. Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain.

Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh.Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain.Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Awas!!!!Jangan Buka...Untuk Kaum Hawa Je..

Tiga aturan untuk berpakaian bagi wanita:


pertama: Bahan yang indah

7. 26. Hai anak Adam , sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup 'auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.

kedua: tutup dada

24. 31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

ketiga : panjangkan kain

33. 59.Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min: "Hendaklah mereka mengulurkan pakaiannya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Permata Yang Dicari

HaDirnYA tAnPA kUsEdARi
MeNgGaMit KaSiH CinTa Bersemi
hAdiR cInTa InsAn PaDa Ku iNi
AnuGerAh KurniAa ILAHI

LembUt TuTuR bICARanYA
mEnArIk hAtiKu Utk menDekatiNya
KesopanAnnyA MemiKat Di Hati
MendAMaikan JiwaKu yg Resah ini

Ya ALLAH jIKa dia Benar unTukku
DekAtkanLaH HatiNya denGan HatiKu
Jika dia Bukan mIlik ku
DamaikAnlah hAtiku dGN Ketentuanmu

Dialah pErMata Yg dicari
sElaMa ini Baru KuTemUi
tApi Ku tak Pasti Rencana ILAHI
aDAKah dia kAn kU mILIki

Tidak sEkAli di nodai naFsu
AkaN kU bATasi dgn SyariatMU
jIKA dIrinya bUkan UntuKku
Redha haTiku dgn KeteNtuanMU

Ya ALLAH EngkaULah TemPat ku BergAntuNG hARaPan Ku
Ku haRap Diriku SeNtIasa Di bawah RahMatMU


Sembahyang

CARA MENGERJAKAN SEMBAHYANG DI DALAM KAPAL TERBANG

Di dalam penerbangan penumpang tidak dibenarkan mengambil air sembahyang kerana akan menyebabkan air yang banyak tertumpah ke lantai yang akan membahayakan penerbangan. Di masa-masa tertentu, penumpang juga hendaklah mematuhi arahan supaya duduk dan memasang tali pinggang keledar di kerusi masing-masing bagi menjaga keselamatan semasa penerbangan. Berdasarkan sebab-sebab di atas para ulama berpendapat cara-cara sembahyang di dalam kapal terbang bolehlah dibuat seperti berikut :

1. Sembahyang dilakukan bagi menghormati waktu iaitu dengan isyarat sahaja di mana kita seolah-olah berada dalam keadaan tidak dapat bergerak seperti mana orang yang terikat pada pokok. ( Tidak perlu ada air sembahyang, tidak perlu menghadap Kiblat dan tidak perlu mengikut syarat-syarat sah lain yang diperlukan ).

2. Apabila turun di Lapangan Terbang dan waktu masih ada, wajiblah sembahyang berkenaan diulang semula dan jika sudah habis waktu, wajiblah sembahyang berkenaan diqadatkan.




Oleh:Yussamir Yusof Aljohori
20 Syawal 1428H
Cyberjaya
http://www.yussamir.com



“Macam mana nak solat kalau kita berada dalam kapal terbang nanti ek?”
“Ala..buat jamak dan qasar je la”Jawab.
“Waktu lain boleh la,tapi kalau waktu subuh macam mana?”


Dialog ini selalu kita dengar,namun tidak ramai yang mengambil berat
akan hal ini.Kebiasaannya jawapan yang muncul ialah “Kita Qada’ je solat
tu”.Jawapan itu kadangkala bukan hanya muncul dari orang biasa,tetapi ia juga
keluar dari mereka yang di anggap alim oleh masyarakat awam.Sepatutnya hal ini
tidak boleh terjadi dewasa ini.Membicarakan hal ehwal agama bukanlah semudah
membiacarakannya di warung-warung kopi.Tetapi ia memerlukan
Ilmu,penelitian,pertimbangan dan keberhatian.Melihat akan bermudah-mudahnya
manusia dalam membicarakan hal agama terutama mengenai hukum-hakam,membuatkan
penulis insaf dan malu kepada Allah.


Hal ini tidak pernah terjadi pada zaman para sahabat dan juga pada zaman
kegemilangan tamadun Islam suatu ketika dahulu.Ketika itu,sesuatu hukum yang
ingin dihebahkan akan dikaji dan diteliti dalam-dalam berdasarkan Al-Quran dan
Sunnah.Semua ini dilakukan oleh kerana takutnya mereka akan ancaman Allah
keatas mereka yang membicarakan sesuatu tanpa pengetauan.


Hal ini dinyatkan oleh Allah dalam
Surah Al-A’araf:


“Dan mengharamkan mengada-ada
terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui”


Ibnu Sirin pernah mengatakan bahawa “mati itu lebih baik daripada
mengatakan sesuatu yang dia tidak ketahui”.Selain daripada Ibnu Sirin,seorang
sahabat besar Nabi iaitu Saidina Abu Bakar juga pernah mengatakan “Langit
manakah yang akan menaungiku dan bumi manakah yang menampungiku,jika aku
mengatakan sesuatu yang tidak aku ketahui”.Oleh itu,penulis berharap,kita semua
dapat mencontohi sikap mereka yang sangat berhati-hati dalam mengeluarkan
sesuatu hukum.

Untuk menjawab persoalan dialog diatas,penulis membahagikannya kepada 3
bahagian.Pembahagian ini akan memudahkan pembaca menteliti dan menilai
hujah-hujah yang akan dikemukan.Setiap hujah akan disertakan dengan dalil dari
Quran dan Sunnah.Selain daripada itu,setiap hujah juga akan disertakan rujukan
di bahagian nota kaki.Semua ini dilaksanakan agar para pembaca dapat
mengkajinya secara lanjut.





Bahagian pertama:Hukum menghadap kiblat didalam
pesawat.


Telah sepakat bahawa menghadap kiblat adalah perkara wajib apabila ingin
menunaikan solat fardhu yang lima.Ini telah dinyatakan Allah didalam Surah
Baqarah:149-150 yang bermaksud:

Dan dari mana saja kamu keluar
(datang), maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram, sesungguhnya
ketentuan itu benar-benar sesuatu yang hak dari Tuhanmu. Dan Allah sekali-kali
tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan. Dan dari mana saja
kamu (keluar), maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana
saja kamu (sekalian) berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak
ada hujjah bagi manusia atas kamu, kecuali orang-orang yang zalim diantara
mereka. Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku (saja).
Dan agar Ku-sempurnakan nikmat-Ku atasmu, dan supaya kamu mendapat petunjuk.





Selain daripada itu,hujah ini diperkuatkan lagi dengan Sabda Nabi yangbermaksud:

Baitullah ialah qiblat bagi penduduk
(yang berada sekitar) Masjidil Haram, dan Masjidil Haram ialah qiblat bagi penduduk
(yang berada sekitar) tanah suci Mekah, sedangkan tanah suci merupakan qiblat
bagi penduduk bumi dari umatku baik yang ada di sebelah timur mahupun di
sebelah barat[url=#_ftn1][1][/url].


Berdasarkan hadis diatas,Syeikh Dr Wahbah Zuhaili menafsirkan bahawa
“Menghadap kiblat dengan tepat adalah wajib bagi mereka yang berada disekitar
Masjidil Haram.Manakala bagi mereka yang jauh dari Makkah,memadailah menghadap
ke arah Makkah sebagai menetapi syarat hukum[url=#_ftn2][2][/url].

Mencari arah kiblat adalah suatu kewajiban bagi mereka yang mahu
mendirikan solat.Pelbagai cara dan kaedah boleh dilakukan bagi menentukan arah
kiblat dewasa ini. ‘Tidak tahu’ bukan lagi alasan kukuh bagi kita pada zaman
kini.Teknologi satelit,kompas dan sebagainya memungkinkan kita untuk
mengetahuinya dengan mudah.Oleh itu,tidak sah solatnya jika seseorang solat
tanpa menghadap kiblat dengan alasan tidak tahu!Hal ini tidak dipandang sebagai
keuzuran tetapi dipandang sebagai suatu hal yang mempermainkan agama.Sebagai
seorang Muslim,menyediakan peralatan untuk solat adalah perkara utama yang
perlu difikirkan apabila ingin bermusafir.Ini semua untuk mengelakkan kita
dipertanggungjawab di Akhirat nanti.


Namun jika semua usaha telah dilakukan masih gagal untuk menentukan arah
kiblat terutama didalam pesawat,maka dibenarkan untuk mengangarkan arah
kiblat setepat mungkin.Hujah ini berdasarkan hadis di bawah yang bermaksud:







Jabir bin Abdillah radiallahu-anhu
menerangkan: Kami pernah solat di satu malam yang mendung dan kami tidak
mengetahui arah qiblat. Tatkala kami selesai solat kami perhatikan bahawa kami
(sebenarnya) solat bukan menghadap ke arah qiblat. Lalu kami sampaikan hal ini
kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam lalu beliau berkata: Kamu telah
melakukan yang terbaik. Seterusnya Jabir berkata: Dan beliau tidak menyuruh
kami mengulanginya[url=#_ftn3][3][/url]


Berdasarkan kepada hadis diatas,para Fuqaha telah bersepakat bahawa
solat tetap wajib dilaksanakan walaupun tidak menghadap kiblat.Walaubagiamanapun,status
hadis diatas dinilai tidak sahih oleh Imam Shafie ,dan menurut Mazhab shafie wajib
untuk mengulangi solat tersebut setelah mengetahui arah kiblat[url=#_ftn4][4][/url].Setelah
mengetahui hadis diatas dinilai Tidak Sahih oleh Imam Shafie,penulis cuba
membuat beberapa semakan dalam beberapa pendapat yang lain.Akhirnya penulis
mendapati bahawa mujtahid mutakhirin
mendapati bahawa hadis diatas adalah sahih kerana terdapat banyak sumber
serta jalan periwayatannya.Hadis-hadis yang dijumpai juga saling kuat-menguat
antara satu sama lain,sehingga menjadikannya bertaraf sahih[url=#_ftn5][5][/url].Imam
Syaukani dan Imam Shana’ni juga menilainya sahih dalam Nailul Authar dan
subus-salam.



Bahagian dua:Semampu yang mungkin.


Hal ini sering terjadi kepada mereka yang berada di dalam pesawat.Dengan
keadaan pesawat yang sempit(Kecualilah kapal terbang yang bersaiz besar seperti
Airbus A380),anak-anak kapal yang sibuk menjalankan tugas dan pelbagai lagi
tidak memungkinkan seseorang itu untuk mendapat ruang untuk solat.Apa yang
boleh dilakukan adalah hanya duduk dikerusi.Dalam hal ini penulis tidak menemui
jalan yang mudah. Dr Ahmad As-Syarbaasi iaitu Tokoh Feqh dari Universiti
Al-Azhar menegaskan bahawa seseorang itu wajib berusaha untuk solat sesempurna
yang mungkin(iaitu,berdiri,ruku’ dan sujud dilakukan secara sempurna).Malahan
kata beliau,jika pesawat itu bergerak ke arah lain maka orang yang bersolat itu
juga perlu menukar arah kiblatnya.


Namun jika tidak diketahui kearah mana pesawat bergerak maka dibolehkan
untuk tetap pada arah asal.Ketegasan Dr
Ahmad ini bersandarkan kepada maksud hadis:

Apa yang aku tegah kamu darinya maka
hendaklah kamu menjauhinya dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya maka hendaklah
kamu mengerjakannya sekuat mampu[url=#_ftn6][6][/url].


Menurut Dr. Syarbashi dalam huraian bab yang sama, solat seseorang itu
adalah tetap sah dan tidak perlu diulangi kerana telah berusaha sekuat mampu untuk menghindari
semua kesukaran yang wujud disamping niat yang ikhlas.


Bahagian ketiga:Solat dengan cara duduk?

Solat secara duduk adalah salah satu kemudahan yang disediakan Islam
kepada penganutnya.Ini juga membuktikan kepada penganut agama lain bahawa,umat
Islam boleh melaksanakan ibadahnya walaubagaimanapun keadaan seseorang itu.Pada
asalnya solat itu diwajibkan dilaksanakan dengan berdiri tegak.Ini bersandarkan
kepada Firman Allah yang bermaksud:


Peliharalah semua
shalat(mu), dan (peliharalah) shalat gusta.Berdirilah untuk Allah (dalam
shalatmu) dengan khusyu'[url=#_ftn7][7][/url]


Namun begitu,terdapat beberapa sebab yang
membolehkan seseorang itu solat tanpa berdiri.Antara sebab yang dibenarkan
seperti yang dijelaskan dalam hadis adalah;Sakit sehingga tidak membolehkan
seseorang itu berdiri,kesukaran dan dalam keadaan berbahaya.

Bagi seseorang yang sakit sehinggakan tidak
mampu,dia dibenarkan solat secara duduk ataupun semampu yang dia boleh.Ini
bertepatan dengan sabda Nabi yang bermaksud:

Solatlah dengan
berdiri,kalau tidak mampu maka duduklah,kalau masih juga tidak mampu maka
berbaringlah dengan posisi miring.[url=#_ftn8][8][/url]

Menurut Saiditina Aisyah,isteri Nabi
Muhammad,cara duduk yang dilakukan Nabi adalah dengan bersila.[url=#_ftn9][9][/url]Walaubagaimanapun,tidak
mengapa jika seseorang itu tidak bersila,ikutlah sekadar mana yang
mampu.Manakala bagi mereka yang mampu berdiri tetapi mempunyai masalah untuk
rukuk dan sujud,maka memadailah melakukannya dengan Isyarat.Panduan ini
diajarkan Nabi dalam satu hadis yang bermaksud:

Jika mampu bersujudlah di atas
tanah,dan jika tidak mampu maka berisyaratlah dengan jelas atau jadikan sujudmu
lebih rendah dari ruku’ mu.[url=#_ftn10][10][/url]

Ramai yang runsing berkenaan dengan kesempurnaan solat jika dilakukan
selain dengan berdiri.Sebenarnya,solat secara duduk jika ada keuzuran diterima
dan solat tersebut adalah sempurna[url=#_ftn11][11][/url].Namun,pahalanya
kurang separuh daripada mereka yang solat dengan berdiri.Ini bertepatan dengan
sabda Nabi yang bermaksud:

Pahala orang yang solat duduk
separuh daripada mereka yang solat dengan berdiri[url=#_ftn12][12][/url]

Selain daripada sakit,kesukaran dan dalam keadaan bahaya juga diberi
kelonggaran untuk melakukan solat dengan duduk.Kesukaran ini biasa dihadapi
mereka yang berada dalam keadaan bergerak.Terutama dalam kapal terbang.Biasanya
perkara yang dihadapi adalah,ruang yang sempit yang tidak mengizinkan solat
dengan berdiri, dan pergerakan yang melampau sehinggakan sukar untuk berdiri.Dalil
yang jelas membenarkan ia dilakukan adalah berdasarkan hadis Nabi yang
bermaksud:

Seorang sahabat telah bertanya
kepada Nabi “Bagaimanakah cara melakukan solat dalam perahu?” Kemudian Nabi
bersabda: “bersolatlah dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam.[url=#_ftn13][13][/url]



Hadis diatas ini menjadi dalil bolehnya bersolat di atas kenderaan,tidak
Kira apa jenis kenderaan sekalipun.Kerana ilat (tujuan hadis) bukanlah
berkenaan hukum perahu tetapi ialah kebolehan pelaksanaan solatt di atas
kenderaan.[url=#_ftn14][14][/url]


Kesukaran lain yang turut dinyatakan dalam hadis,ialah mengelakan diri
dari hujan lebat.

Nabi pernah melaksanakan solat
secara duduk di atas kenderaan dengan hanya sebab untuk mengelakkan diri
daripada hujan lebat.Sabda Nabi yang bermaksud:

Ya’la
bin Murah ra bersama Nabi dalam satu perjalanan,kemudian sampai di satu
lembah.Ketika itu Nabi di atas kenderaan tunggangannya.Langit ketika itu
mendung dan tanah sangat basah.Kemudian masuk waktu solat,Baginda memanggil
muazin lalu muazin azan dan iqamah.Setelah itu,Nabi meneruskan solatnya di atas
kenderaan dan bersolat secara berjamaah dengan para sahabat.Baginda memberi
isyarat dimana sujudnya lebih rendah dari ruku’nya.[url=#_ftn15][15][/url]


Keadah perlaksaan solat fardhu
diatas kapal terbang sama sahaja seperti solat di darat.Cumanya,ada kesukaran
yang timbul maka ,kesempurnaan gerak solat itu juga berkurangan selari dengan
kadar kesukaran yang dihadapi.Perlaksanaannya juga sama sahaja dengan kaedah
solat bagi mereka yang sakit,seperti menudukkan kepala lebih sedikit ketika
sujud,bagi membezakan sujud dengan ruku’.


Akhir sekali,penulis menyeru kepada
semua agar bersikap adil dan benar dalam hal memilih keadah melaksanakan solat
sama ada secara berdiri atau duduk.Tidak sah solat bagi mereka yang sengaja
solat secara duduk tanpa ada keuzuran yang dibenarkan.Namun jika segala daya
dan usaha telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh,maka dirikanlah solat
dengan semampu yang mungkin.Tidak perlu di Qhada’ ataupun diulanginya semula.



Firman Allah:

“(Allah) telah memudahkan untuk kamu
apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi semuanya daripadaNya.” (al-Jatsiyah:
13)


#Penulisan ini
adalah hasil kajian dan pemahaman penulis, dan sebagai manusia, penulis tetap
melakukan kesilapan. Jika terdapat pemahaman yang silap, maka tegurlah
kesilapan itu.